Sunday, January 15, 2012

Oreo Cheese Cake Aijou Tappuri

Assalamualaikum! Bertemu lagi kita dalam rancangan dapur Chef Hensem #eh?!
haha, ok harini kite nak main dengan oven lak.
tuhh da tulis kat title. gi bace!

sebelum tu preview la dulu . bereh?
bukan ape, nak ambik mood, semangat la kot. ewah2


Nak buat kek mesti nak ade bahan jugak kan.huu
Jom terjah!

・600gm cream cheese(nak guna jenama ape pun bole QBB, Philadelphia etc)
・3 biji telur
・100gm mentega dicairkan 
・3 packets oreo (2 buat base cake, 1 buat letak dalam cake)
・100gm gula castor (mm ikut sendiri jugak la, nak manis lagi letak lebih sikit, and vice versa)
・1 sudu teh essence vanilla
lebih kurang 1 sudu makan jus perahan lemon (ni jangan banyak2 sangat, nanti cheesecake jadi lemon cake plak hihi)
・lebih kurang 200gm whipping cream. (takde nih yogurt or sour cream pon bole jalan ^^)
・optional: chocolate syrup
dan last sekali
SEPENUH HATI KASIH SAYANG. kalau takde tak jadi aijou tappuri la.

buatnya mudah yang amat.
Mula-mula  baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.
1. griskan loyang dengan mentega/butter. 
    kalau tak nak gris pun lapik loyang anda dengan kertas minyak,
    kalau guna loyang kertas ¥100 tu ichiou gris jela jugak.
2. buat base pulak. macam buat bangunan la kan, kene ade tapak. hehe
    2 peket oreo(nak lebih pun takpe) dibuang krim, dihancurkan
    nak hancurkan oreo tuh nak best tumbuk ar. gune frying pan ke, kayu besball ke
3. satukan hancur-ed oreo dengan cair-ed mentega. agak2 oreo tuh bergumpal bile digenggam ok ar tuh.
4. then tekan2 dalam loyang sampai penuh dan padat
5. siap base, simpan jap dalam peti ais.

buat adunan kek pulak.\
注意 1:Cream cheese kene biar dalam suhu dulu, jangan guna teruih. ikut kome la nak wat cane winter2 ni kan. letak bawah kotatsu ke, letak depan danbou ke.letak bawah laptop ke. #eh

ok enough merepek.
wat adunan JOM

1. Cream cheese, gula castor n vanilla essence disatukan dan dipukul(sadis lak aku bace)/
   makesure pukul dengan speed slow hingga creamy yaww
2. Masukkan whipped cream dam pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu. jangan pukul sekali arung, nanti kek merajuk. anggaran 1 minit setiap telur kot.
4. Masukkan plak oreo yang telah dicincang dan gaul sebati.  jangan pukul oreo, nanti terbang ik2  
(oreo yang ni tak buang krim pun takpe kot, nak buang pun bole, tapi makesure kecik2 size die.nanti tak rase creamy cheese cake lak an)
 *nak hancurkan dengan kuasa genggaman tangan tu yang puas*

(Da siap nih, pegi ke pti ais, bukak peti ais, n amek loyang berisi base oreo tadi, dan tuangkan adunan dengan penuh ksih sayang ke dalamnya)

5. Pre-heat oven 150℃ selama 15 minit.
6. Bakar secara waterbath(tak tawu takpe jap agi tunjuk) untuk muka kek yang cantik. 
    bakar bese2 pun ok je kot. bibik tak marah. ihi2
7. Bakar selama lebih kurang 55 minit.
8. Da masak tu biar cake bertenang dalam oven tu jap. dalam setengah jam gitu kot.
9. Da puas cake tu bertenang, bagi die sejuk dalam fridge plak. Biarkan semalaman dalam tu. Cheesecake tak sejuk tak syok. uu
10. kalau tak sabau jugak, letak le 4 jam gitu. tak sabar jugak 2 jam pun bole kot rasenye.
tapi lebih afdhal letak semalaman laa.
 -ni optional. after cake da chill abes, baru tuang chocolate syrup. ikutla corak apa nak letak. nak guna cooking chocolate bole gak kot. uhhu

ok siap kek, mm bagi sape2 tak tawu castor sugar n waterbath technique tuh, sat na cek tunjuk.

ha ingat ni kk

klik kat video kalu nak tengok sebab video tak reti nak main sendiri.ik2



but, kalu nak lagi senang, letak loyang dalam oven then baru tuang air panas.


ok siap kek, aaa jangan tak cube lak.
da siap sila hantar laporan hehe.
tak paham sile la drop comment kat bawah tu.
ok wassalam. selamat menterai!

aaa nak try resepi lain ade kat sini. :)
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...