Monday, August 23, 2010

'budak tu sakit ape?'



Seorang lelaki bersama anaknya menaiki kereta api..

Seketika anak itu kelihatan begitu teruja pabila kakinya melangkah menaiki kereta api..Di tepuk-tepuknya tempat duduk yang ditempatkan.gembira.

Ayahnya memandang dari luar dengan senyuman penuh kemesraan..

Kereta api itu mula bergerak sedikit-demi sedikit..


‘ayah!! Tgk kereta api ni dah bergerak lah.. ayah.. seronoknya..’
‘Ayah..awan ni bergerak dengan kereta api ni la yah!’

Ayah itu menggariskan senyuman sambil menganggukkan kepala..
Situasi itu menarik perhatian seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan ‘ayah’ itu tadi, dipandangnya ‘ayah’ itu dengan penuh kehairanan..

Pabila gerabak kereta api yang dinaiki anak itu melepasi bumbung , hujan gerimis yang mulai turun menarik perhatian si anak.lalu sekali lagi dijeritnya..

‘ayah!! Ini hujan.. hujan ni ayah’ laung si anak sambil mengeluarkan tangan untuk merasai titisan dingin air hujan itu.mukanya tergambar penuh kegembiraan.


Si ayah itu mengangguk-angguk lagi sambil mengusap anaknya..
Keadaan itu sekali lagi menarik perhatian lelaki tadi. Kali ini lelaki itu memandang dengan penuh jengkel. bicaranya pada si ayah..

‘erm, itu anak awak ye? Dah berapa dah umur dia ha?’
‘ye anak saya.. kenapa encik? Umurnya 21tahun..’
‘saye rasa kamu patut hantar dia ke hospital.. check2 sikit mane yang patut’

‘oh..memang kami dari hospital sebenarnya’

‘patutlah..sakit dia memang macam tu dari kecil? perlu selalu diawasi tu, tak perlulah di bawa ke tempat awam sebegini..’ - dengan nada sinis

‘kami baru balik dari hospital, anak saya baru pulih setelah pembedahan pemindahan mata. hari ini adalah hari pertama baginya melihat dunia sejak dari kecil....’

1 ulasan:

-L- said...

jagalah pandangan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...